Monday, May 4, 2009

Sunyi itu Menakutkan...


Pernahkah suatu pagi kau bangun dari tidurmu, lantas kau lihat tiada siapa di sekelilingmu...
kau ke sana ke mari mencari, tapi tiada satu kelibat pun kelihatan...
Kau tertanya-tanya ke mana pergi semua orang?
Kau mulai ketakutan kerana kau sedar bahawa kau kini keseorangan...
Tiada lagi suara-suara yang memanggil namamu...
tiada lagi suara-suara yang mengusikmu...
Arghhh.. sungguh aku benci suasana begini...
Aku tidak betah keseorangan....
Aku tidak biasa bersendirian...
Aku perlukan seseorang di sisiku....
Aku kehilangan insan disekelilingku oleh putaran dunia dan perjalanan masa...
Aku tahu setiap insan akan berubah..
segalanya akan berubah sepertimana masa berlalu dengan pantasnya....
Aku kini seperti kesuntukan masa yang teramat sangat..
Aku teringin menangis tapi airmata ini sepertinya sudah kering...
Aku teringin berteriak tetapi suara ku seperti sudah hilang...
Aku seolah kehilangan insan disekelilingku...
Aku sedar bukan mudah untuk aku laluinya,
namun aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya..
Aku perlu tabah menempuhinya....
Walau apapun terjadi aku masih punya teman yang sudi mengisi kekosongan hati ini...
aku masih punya dia yang selalu ada tatkala ku memerlukannya...
Aku masih punya dia yang benar-benar mengasihiku...
Aku harus bersyukur kerana itu...
Sekurang-kurangnya aku masih tidak berseorang...

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!