Thursday, February 11, 2010

Aktiviti petang Khamis..... by nurya..tweet2..

Memandangkan cuaca sekarang ni sekejap hujan, sekejap panas, so keretaku pun cepatlah kotor lagipun sebab kaler putih, mudah sangatlah nampak kotoran tu... Bagiku kereta adalah aset paling berharga selain laptopku tercayang.. Jadi, bila kereta kotor dan bersepah ni hatiku pun turut berserabut juga. Tak tenang rasa berada dalam kereta yang tak kemas dan berkarat jer. Tapi bukanlah menjadi rutin bagiku untuk hantar kat carwash every week, tengok keadaan jugaklah. Kalau dah kotor sangat dan mataku pun turut sakit memandangnya barulah akan ku hantar cuci..
Tempat biasa aku hantar cuci ialah di car wash area rumahku, seksyen 4. Boleh tahanlah dia punya servis, puas hati. Dia punya bersih tu sampai berkilat-kilat dan boleh sampai sebulan gaklah. Memang aku puas hati, sebab biasa pergi cuci tempat lain tapi tak sampai 3 hari dah kotor balik. Mungkin kat sini guna pencuci yang berkualiti dan mungkin juga penggunaan kain pengelap dia tu yang serap air dan kotoran menyebabkan bersih dia tu tahan lama.




Sambil-sambil tunggu kereta dicuci, ku punya aktiviti biasa ( feveret ) ialah taking photo ler.. Dahlah panas giler tempat menunggu dia takde bumbung. Just ade kerusi je untuk duduk. Air-air pun tak disediakan...hik3...( banyak cantik muke aku ).


Agak-agak bila lah aku akan dapat memiliki kamera photographer sendiri ni... Asyik duk tengok kamera orang jep, pastu asyik duk amik gambar dengan hp jer.. Teringin sangat nak ada kamera sendiri. Insyallah, kalau ada rezeki aku akan milikinya juga...
My last... ini pula merupakan perfume kegemaranku, Gucci Envy. Rasa bertenaga je bila setiap hari diiringi bauannya... dan beg floral tu pulak adalah gift dari my best fren; watie... nice sangat kan! daa....
nurya: selalu je punyai kehendak dan keinginan, tapi bagus ke andai ku telah memiliki semuanya?hmmm

Wednesday, February 10, 2010

Mood Penuh Ceria Hari Ini.... yeeeeaaaahhhaaa...

Semoga keceriaan menyinari hidup kita semua.. Tak payah fikir sangat masalah2 yang berserabut difikiran tu... Teruskan hidup dengan melangkah ceria meniti hari2 yang indah ini... Hidup ini terlalu indah dan luas untuk diteroka. Kalau terasa seperti ada sesuatu yang menghimpit, lepaskanlah.. usah ditahan2.. let say ade problem dengan rakan or dengan sesape, just settle it down cepat2. Jangan tunggu lama2 k, nnt bengkak pulak hati tu. daaaa...


Monday, February 8, 2010

Shortcut Keys on Keyboad

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Sobahal khair kullukum...

Selamat Pagi semua.....
AKu rasa kurang bersemangat skit pagi ini untuk melangkah ke pejabat walaupun seharian aku dapat berehat dan tidur semalam.... Rasa macam tak cukup je....

Saturday, February 6, 2010

TOT SPIES SUK MUSLIMAT

Hari ni jadualku agak padat kerana dari awal pagi sudah bertolak ke SUK Shah Alam untuk menghadiri kursus Training of Trainer ( TOT ) SPIES bersama Ain dan Ieyda anjuran seketariat dan Exco Kerajaan negeri Selangor demi membincang dan mengukuhkan lagi fasilitator2 wanita yang terlibat dalam menjayakan kursus SPIES bagi tahun 2010.

Program dimulakan dengan aktiviti pemecah bendungan iaitu mencari rakan-rakan yang mempunyai bulan kelahiran yang sama. Gamat juga mencari orang yang sama lahir ni, tapi group yang lahir bulan april ni tak ramai, mungkin yang lahir bulan 4 ni orang dalam kategori seni so, bidang latihan bukan kerjaya yang sesuai untuk mereka. (mungkin kot)

Program dimulakan dengan taklimat dan bacaan Al-Quran dari Ustazah Aishah dan sedikit talimat dari Dr. Ruziah. Kemudian kita teruskan dengan solat Dhuha yang diimamkan oleh ustazah Haslina. Bacaan al-Ma'thurat. Program diterukan dengan penyampaian dari Dr. Ruziah berkenaan tips2 menjadi isteri, ibu dan anggota masyarakat cemerlang melalui pendekatan SPIES. Aku ringkaskan sahajalah point2 yang diberikan oleh Dr. ye.. antaranya dia banyak memberikan zikir2 dan doa2 yang berkaitan untuk memberikan tenaga dan kekuatan dalaman supaya kita dapat terus lagi bekerja dalam bertenaga dan bersemangat. Antaranya zikir Ya Qahhar, Ya Qawiyy dan Ya 'Aziz untuk memberi kita kekuatan.

Sebagai seorang ibu, kita perlu menjadi seorang yang sangat pemaaf apatah lagi dengan anak-anak dan suami. Yang menariknya tip2 bagi yang telah berkahwin. Malulah aku nak cerita kat sini.










Friday, February 5, 2010

For The Rest Of My Life by Maher Zain



For The Rest Of my Life
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Tuesday, February 2, 2010

Sepetang di SACC MALL

Berjalan-jalan di SACC Mall for having a new Laptop 4 my office with dwen... Bapok (klantan langguage) lamanya nak setting and update dengan install software. Dekat 2jam setengah... dengan harga RM 1949 bleh dapat CompaQ dgn ram 2G. Oklah tu.




Tak tau nape aku boleh sabar dalam masa yang sangat panjang tu... adoiii... ( Biasanya aku jarang boleh sabar dalam tempoh selama itu )

wow... kasut baru sehh.... nak dipendekkan cerita, kasut aku terputus time terpeleot kat escalator... Aduuiii malunye.... time2 tu jugak beli kasut kat pameran ground floor... harga murah jep... aikk! pakai stokin plak tu.... sssshhhhh... diam2 dahlah...

Gaya camni ok tak?
ermmm.. macam tak ok sangatlah..kita tukar ek...
haaaaa... cam gini ok lah... sopan gitu... tak payah tgk tuannya, tgk kaki pun dah tahu, mesti seorang yang sopan santun, lemah lembut, ayu dan macam2 lagi lah...

Saturday, January 30, 2010

Pelan Strategik AMJ Training Sdn. Bhd.

Salam..
I shouldn't show up these photos as topic as mentioned above.haha.... tp ni jelah gambar yang sempat aku snap, tu pun time makan kat kedai mak ngah. Neway, banyak hal yang telah di discuss kan dalam pembentangan dan perjumpaan kali ni.. Tugas aku pun banyak jugaklah, tapi aku takut aku tak dapat nak lakukan seperti yang telah ditugaskan tu, yerlah, memandangkan kursus pun penuh as planned dalam meeting tu... adoooi... tp aku tak boleh merungutlah.. mungkin rezeki Allah nak bagi sebab usaha keras kami semua dalam fitrah power selama ni... Alhmadulillah...

Iwah pula dah tak lama berada di FP ni sebabnya nak giving birth n ikut suami berpindah di Kedah.. Newway, selama bekerja bersama Iwah di FP memang seronok. Seorang yang simple dan komited... Kalau Iwah baca posting ni kak yah nak dedikasikan salam sayang untuk Iwah yang comel... Semoga berbahagia dengan kehidupan yang bakal dilalui bergelar seorang ibu.. Kalau ada masa free jangan lupa kirimkan berita dan datanglah melawat kami di FP ni k... ( sedihnye rasa...isk3 )..



Apsal melangut dua orang ni, tengok cicak ke?haha... (iwah sakit gigi, kesian dia )

Friday, January 29, 2010

Bingung......bingung....

Kenapa lah sikap buruk aku ni takleh nak ubah2 lagi, suka sangat menangguh keje...
dahlah slide tak buat lagi, nota kursus pun tak tau kat mana lagi ni, pastu esok mesyuarat Pelan Strategic 2010 fitrah Power pun tak buat slide lagi... tadi tetibe kakbi call minta buat logo untuk tema hari keluarga dia plak.... adoiiii.... banyak nye keje... tapi nape dengan senang hatinya aku melayari tenet tanpa rasa bersalah ni? terutamanya FACEBOOK dan Blog ni... Nape lah kurangnya skill pengurusan masa aku ni.... tolonglah...adoiii....

About who born in April...

Keseluruhannya banyak yang betul... Allah's created me to become me... Thanks to Allah..

Thursday, January 28, 2010

Karikaturrrr....

Last day aku dapat mesej di FB dari kenalanku Syed yang juga merupakan trainer bagi konsultan motivasi. Dia minta aku buatkan 1 icon dirinya. Dia pernah melihat kepada lukisan sketch yang aku publish kan di album FB ku, jadi dia berminat untuk melantik aku sebagai pelukis bagi icon yang menjadi trade mark dia dalam training.. At last malam tadi aku cube lah membuat seperti apa yang dimahukannya itu walaupun sekali haram pun aku tak pernah buat karikatur begini.
Apa yang mengujakan aku ialah... I DID IT!... Rupanya aku boleh buatlah.. Bukan susah pun, tk sampai sejam pun. Mula-mula aku melakar di buku sketch, then aku color dalam Adobe Photoshop. Harap Syed puas hatilah ye...
Karikatur tanpa tangan.. (mengikut kehendak pelanggan )

Gambar asal Syed Faizal

Wednesday, January 27, 2010

Perjalananku....

26 Jan 2010
6:58 pm
Semalam aku balik ke Gombak... Perasaan masa tu bercampur baur.. ade sedih, ade insaf, ade semangat dan ade kelesuan... Banyak perkara yang bermain di fikiranku... Semuanya kerana dia. Arghhh.... tak payah cerita pasal dia, buat menyakitkan hati aku je... dah lama aku tak rasa marah seperti yang aku rasa semalam. Oleh sebab dia, habis mood aku hilang. Aku jadi tak keruan. Ni lah padahnya, sbb bahagia aku selalu bergantung padanya. Jadi bila jadi macam ni aku pulak yang sakit memanjang.... erm.. biasalah, siapa bercinta dgn aku memang menderita lah.. Entahlah, aku sndiri tak paham dengan perangai aku sendiri...ego sokmo... ( nak salahkan siapa ek? salahkan diri sendiri lah...)

Aku balik ke Gombak atas alasan untuk hantar set herba sauna kat mak aku n tambah lagi ade reason lain plak ( nak hilangkan stress ). Berhadapan dengan kesesakan jalan raya dah biasa bagi aku. Jadi sekang ni aku dah dpt mengatasi stress aku berada di dalam jem ( aku dah tak stress dah).

Jalan sekitar Gombak. Hadapan Medan Idaman Gombak.

Sunset from my mirror..
27 Jan 2010
8:22 am
Pagi ni aku agak kelewatan sikit bergerak dari rumah ke ofis di Bangi... Jalan pun macam biasa, jem sokmo... Tapi macam aku cakap, aku kurang tension dah bile berhadapan dengan jem.. Sebab tu aku suka keadaan kereta yang kemas dan bersih, ianya mempengaruhi mood aku untuk berada dalam tu dengan tenang dan bahagia. Bayangkan kalu kereta berhabuk, busuk dan bersepah, mood yang baik pun akan jadi hangin. Lagi satu cara aku motivate diri sendiri ialah aku fikirkan bahawa kalau aku sampai cepat ofis dalam keadaan marah pun ape guna. Baik aku tenang je dalam kereta sambil makan, minum dan dengar lagu.. ahaks!


Muka tido tak cukup... Dah berapa malam aku tido lewat sebab ade broadband kat umah yang laju plak tu memang seronoklah aku mengupdate blog dan melayari internet tanpa senpadan.

Keadaan traffic di Jalan Sentul. Jem jugak tapi masih bergerak wp slow. Ade bezanya jem waktu pagi pergi keje dan jem waktu balik dari keje. Pagi, orang memang rush berkejar waktu ofis jd dorang tak main2 bawak kete, n time balik keje org tk rush sangat. So bila tk rush diorang memain je bawak kete tu... yerlah, nak kejar ape lagi, dah waktu balik ni, bukan ade punch card pown..relakslah..

Tuesday, January 26, 2010

Amazing artwork...

Aku terjumpa those photos ni dlm website kegemaranku flickr artwork seorang mat saleh yang benar2 membuatku mengaguminya....









Sunday, January 24, 2010

Sauna Mudah Alih...

Hai... Aku dengar ramai yang dah berminat nak menggunakan khidmat sauna ni kan? haaa... memanglah sebab sauna ni boleh membakar lemak. So, bila lemak dah terbakar, jadi kuruslah... Aku pun dah berlemak ni haa sbb lame dah tak bersauna... Skang ni dah tak payah pergi ke saloon untuk sauna2 ni, sbb dah ada set sauna bleh buat di rumah je sambil menonton tv tau... Hanya bermodalkan RM 410 - RM 650 korang dah boleh beli dan buatlah seberapa banyak kali pun sauna ni sampai korang termuntah...Murah kan?.. Yang bestnye, alat ni boleh dilipat dan disimpan dan boleh dibawa ke mana saja suka. flexible..

Aku bukan cakap kosong saje ni, sebab aku sendiri dah beli sauna set ni. Kedai dia dekat je ngan ofis aku. Memanglah dulu rasa berat badan 'melambung' naik tapi sekarang boleh lah merasa badan kurus balik cam muda2 dulu sejak bersauna ni...ngeee... (kurus ke?)


Haaa.. ni adik aku tengah bersauna... FYI, orang pompuan boleh buat sauna ni 4 kali seminggu tau. Tapi orang lelaki tak boleh selalu ye bang, nanti rosak pulak fungsi tuuuttt....(faham-faham sendiri deh)


Alat ni korang boleh set berapa lama masanya; 20 , 40 or 60 minit. dan temperature pulak Low, Med & High.... Tapi untuk anda yang baru2 lagi nak guna boleh guna temp Med dan time 40 minit. Nanti terkejut plak badan tu. (nnt badan kata, kat mana pulak tuan aku duduk ni, panas semacam je....cam nak demam ) Tapi sebelum tu kena lah minum air banyak2, dan tambah sikit dengan air gula... Nanti badan jadi lemah tau sebab habis tenaga.
Kalu berminat nak beli ( cam nak promote lak ni) boleh datang kat Banda Baru Bangi seksyen 3, belakang Petronas je. Trylah ye.. Aku tak sabar2 nak kuruskan lagi badan ni.... haha... perasan... Nanti kalo ade yang dah guna and dah jadi kurus jgn lupa share ngan aku tau...

Kenapa Putih?

Baru ku tersedar bahawa banyak barang2 kepunyaanku yang berwarna putih... Itu pun tercetus selepas aku terbaca blog Motivasi Kerja. Dia cerita bout white color, tp ceritanya lebih kepada perubahan diri. Tapi aku plak nk share tentang barang kepunyaanku yang berwarna putih... Banyak benda berwarna putih yang aku suka melainkan tudung putih dan baju kurung putih... Tudung putih menyebabkan muka aku nmpak gelap dan kusam, baju kurung putih plak sebab aku jenis lasak, nanti cepat kotor lak kalu aku yang pakai.hehe...


My Viva.... Haiiiii... bile lah nak tambah skirting ni... Duk intai je kat kedai tp tak pasang2 pun lagi... Tunggu elaun lah baru pasang....he..

Hard Disk, tp ni opis punye..mueeehhhheeee.... ( ingat nak bayar kat opis lah, kira beli r ni)

Frame... ek eleh, gambar temewek...( org luar sure taktau maksudnya tu...haha...biar )


My broadband... dah sah2 memang takde kaler lain dah kalo brodbnd jenis maxis ni gak.... layannn... baru je beli ni, tk sampai sebulan pun... susah ar tkde tenet ni...

Ha.... ni paling aku sayang... nyawa aku ni... sehari tk berbunyi memang mustahil. ( kalau tak bunyi jugak aku akan pasang mp3, bunyi gak kan? hehe... ) tak sampai setahun lagi aku guna ni... murah je, dalam 4k...(aiyyokk, mahalnye) psstt...runcingnye jari yang pegang hs tu kan? ahaks!



Friday, January 22, 2010

Wanita yang Patut dijauhi daripada Mengahwininya.

Aku tertarik dengan 1 artikel ni.. So aku link kan di atas untuk rujukan. Kisahnya tentang jenis2 wanita yang tak harus dikahwini oleh orang lelaki. Mohon2 aku takde tergolong dalam kalangan yang berikut, insyaallah...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yangMananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yangBaraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wednesday, January 20, 2010

TOT AZAS

Lokasi: PULAZ, Akademi Zakat Selangor, Wisma MAIS Shah Alam.
Tarikh: 19-20 Januari 2010
Peserta: Para konsultan yang dilantik oleh AZAS.

Alhamdulillah, aku baru pulang dari kursus TOT di akademi zakat. Bersyukur sangat diberi peluang menghadiri kursus ni.. Allah telah memilihku untuk menghadiri kursus yang amat berguna padaku... Ya Allah, besar sungguh kekuasaan-Mu... Ruh kursus dan objektif penganjur benar-benar dapat kurasai... Begitu banyak ilmu yang masih kurang dan perlu di top-up... dengan menampilkan ustaz-ustaz dan ulama'2 yang begitu berkaliber, berwibawa dan bertaqwa benar-benar membuatkan hampir 90 peratus objektifnya tercapai.
Rinduku pada suasana redup di dalam majlis ilmu itu, seolah-olah di kelilingku ditemani malaikat2 yang merahmati majlis itu... Baru aku sedar akan betapa selama ini aku terlalu leka dan lalai pada segala suruhan Allah... ya Allah.... rinduku bersujud pada-Mu...

Tazkirah maghrib disampaikan oleh Ustaz Zamri ( Mari Mengaji )

Ustaz Dr. Badrulamin bin Baharom.

Ustaz Abd. Ghani bin Samsudin bagi slot Uslub Dakwah dan transformasi.
Banyak lagi ustaz-ustaz yang hebat-hebat yang tak sempat aku nak ambil gambarnya. Gambar-gambar ni pun aku ambil dengan hp murah aku yang tak berapa tinggi kualiti pixelnya.