Saturday, February 6, 2010

TOT SPIES SUK MUSLIMAT

Hari ni jadualku agak padat kerana dari awal pagi sudah bertolak ke SUK Shah Alam untuk menghadiri kursus Training of Trainer ( TOT ) SPIES bersama Ain dan Ieyda anjuran seketariat dan Exco Kerajaan negeri Selangor demi membincang dan mengukuhkan lagi fasilitator2 wanita yang terlibat dalam menjayakan kursus SPIES bagi tahun 2010.

Program dimulakan dengan aktiviti pemecah bendungan iaitu mencari rakan-rakan yang mempunyai bulan kelahiran yang sama. Gamat juga mencari orang yang sama lahir ni, tapi group yang lahir bulan april ni tak ramai, mungkin yang lahir bulan 4 ni orang dalam kategori seni so, bidang latihan bukan kerjaya yang sesuai untuk mereka. (mungkin kot)

Program dimulakan dengan taklimat dan bacaan Al-Quran dari Ustazah Aishah dan sedikit talimat dari Dr. Ruziah. Kemudian kita teruskan dengan solat Dhuha yang diimamkan oleh ustazah Haslina. Bacaan al-Ma'thurat. Program diterukan dengan penyampaian dari Dr. Ruziah berkenaan tips2 menjadi isteri, ibu dan anggota masyarakat cemerlang melalui pendekatan SPIES. Aku ringkaskan sahajalah point2 yang diberikan oleh Dr. ye.. antaranya dia banyak memberikan zikir2 dan doa2 yang berkaitan untuk memberikan tenaga dan kekuatan dalaman supaya kita dapat terus lagi bekerja dalam bertenaga dan bersemangat. Antaranya zikir Ya Qahhar, Ya Qawiyy dan Ya 'Aziz untuk memberi kita kekuatan.

Sebagai seorang ibu, kita perlu menjadi seorang yang sangat pemaaf apatah lagi dengan anak-anak dan suami. Yang menariknya tip2 bagi yang telah berkahwin. Malulah aku nak cerita kat sini.










1 comment:

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!