cinta terlarang yang tiada kesampaian
Thursday, August 13, 2009
Bagaimana Hati Seorang Ibu?
13 Ogos 2009 11.35 mlm, ketika ini baru pulang daripada Concord Inn KLIA kerana membawa Dr. Che Noraini Hashim, Pensyarah UIAM untuk menyempurnakan slot 'Halangan Mencapai Integriti' kepada kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ). Aku tertarik dengan perbincangan dan perbualan aku di dalam kereta dengan Dr. mengenai hati seorang ibu. Ketika itu Dr. baru menerima panggilan telefon daripada si anak yang mengadu tentang si ibunya. Setelah agak lama berbicara melalui telefonnya, akhirnya perbualan antara mereka tamat. Lalu Dr. menceritakan kepada aku tentang masalah mereka adik beradik yang berjauh hati dengan sikap ibu mereka. Mereka 4 beradik termasuk si ayah terpaksa melarikan diri daripada si ibu.
Memang agak pelik kisah ini, tapi ianya satu realiti yang bukan fantasi. Si ibu memiliki seorang anak angkat yang merupakan penghisap dadah tegar yang telah dibuang oleh keluarganya sendiri, dan kasih sayang si ibu itu terhadap anak angkatnya melebihi segalanya termasuk anak kandungnya sendiri. Dia yang sanggup berhabisan duit di dalam akaunnya untuk anak angkat itu telah membuatkan anak-anak kandungnya tergamam seketika setelah menjumpai resit bank transfer ibu mereka ke akaun si anak angkat sebanyak RM 200 sebulan.
Paling mengejutkan apabila si ayah menjumpai sepeket dadah dan jarum suntikan di dalam beg tangan si ibu sehingga memaksanya melaporkan kepada pihak polis. Tetapi si ibu menafikan dadah itu adalah miliknya. Akhirnya si anak angkat itu di tangkap oleh pihak polis walaubagaimanapun dia telah di jamin oleh si ibu. Ibu tersebut juga sanggup menderhakai suaminya kerana suaminya itu telah membuatkan anak angkat kesayangannya di tangkap polis sehingga sanggup meminta fasakh daripada suaminya...
Wednesday, August 12, 2009
It's All About Nurya....
Seminar Zakat Kebangsaan 2009
Semalam, 11 Ogos 2009 aku, Iwah dan Ustaz Shukri mewaklili Fitrah Power menghadiri Seminar Zakat Kebangsaan 2009 di PWTC, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh JAWHAR dengan kerjasama MATA yang menempatkan kehadiran peserta seramai 400 orang. Majlis disempurnakan oleh YB. Senator Dr. Mashitah Ibrahim. Tema zakat pada tahun ini ialah Zakat: "1 Kewajipan, 1 Juta Harapan". Seminar ini dilengkapi dengan penganugerahan kepada tokoh ushawan Asnaf iaitu Puan Rosnani binti Haji Kasim Lo dari Kepala Batas P.Pinang dan En. M. Tohid bin Sidek. Puan Rosnani menjalankan perniagaan hiasan dalam dan butik pengantin manakala En. M. Tohid menjalankan perniagaan bahulu. Semoga kejayaan mereka itu dapat menjadi sumber inspirasi kepada para asnaf yang lain.
Monday, August 10, 2009
Wednesday, August 5, 2009
Apa Rasa Cinta?
Manis apabila segalanya menyenangkan...
Segala yang ditutur enak di dengar...
Segala yang dilakukan indah di pandang...
Segala yang dirasa menyejukkan...
Adakala cinta rasa bahagia...
Bahagia pabila dia berada didepan dengan senyum...
Bahagia pabila dia di depan membawa bunga..
Bahagia pabila dia tiada namun dia tidak lupa...
Bahagia pabila segala kata diturutinya...
Namun....

Cinta rasa menyakitkan pabila cinta tak dihargai..
Cinta begitu menyiksakan pabila dia mengasari...
Cinta begitu sukar pabila dia jauh dan melupakan...
Cinta rasa begitu jelik tatkala dia menduakan...
CInta.... Mengapa perlu merasa begitu begini....
Cinta..... Mengapa perlu menyiksakan jiwa yang seharusnya indah...
Wednesday, July 29, 2009
My|Last|night|HangOut|KLIA
Tuesday, July 28, 2009
[Nurya Punye Design]

Tatkala kau ingin meluah rasa yang terbuku di hatimu, TERUSKANlah.... Mungkin darinya kau kan merasa sedikit lega...
Monday, July 27, 2009
Kem Remaja SPIES siri 5 di Excel Training Resorts,Lenggeng Negeri Sembilan.
Assalamualaikum wbt...
2 hari berada di Excel Training Resorts, Lenggeng Negeri Sembilan untuk menguruskan Kem Remaja SPIES siri kelima bagi DUN Seri Serdang dan Seri Kembangan. Peserta yang hadir seramai 138 orang menggegarkan kem, sudah semestinya menjadi 1 cabaran yang sangat hebat kepada kami fasilitator yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Fasilitator yang hebat dan berpengalaman memudahkan lagi pengurusan peserta daripada segi disiplin dan pengawalan masa.
Jangkaan sebenar peserta adalah seramai 100 orang, namun kerana sambutan yang hebat terhadap program ini, maka kehadiran seramai ini agak membebankan aku yang selaku pengurus SPIES untuk mengurus dan meng'ejas' kembali keperluan dan peralatan peserta yang hanya disediakan untuk 100 orang. Perasaan aku saat pertama kali mendapat tahu jumlah keseluruhan peserta itu memang mengejutkan, dan tiba-tiba juga otak aku seakan berhenti untuk berfungsi. Namun aku gagahkan juga ia untuk bertugas memikirkan apakah tindakan selanjutnya untuk aku lakukan bagi memastikan segala yang dirancang berjalan lancar. Semasa itu aku berada di dalam kereta selepas menempatkan wakil fasi di dalam setiap bas, lalu aku membelok ke pejabat, mengambil bahan-bahan tambahan dan fotostet borang-borang yang perlu.
Fasilitator seperti Helmi, Yusoff, Hanafiah, Hadi, Sidqi, Sarah dan Hanan benar-benar banyak membantu menjayakan program ini. Terima kasih kepada kamu semua, semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang. Aku di sini hanya untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan selagi aku masih berkhidmat di Fitrah Power ini. Semoga apa yang aku lakukan ini akan memberatkan lagi timbangan pahalaku di akhirat nanti, insyaallah..
Friday, July 24, 2009
Coretan Senja
Menanti dalam suasana senja yang agak tenang ini begitu indah, cuma ku diselubungi sedikit perasaan yang agak kelam kabut memandangkan tugasan yang perlu disegerakan dan diutamakan... Tugas yang memerlukan ketekunan dan pembahagian masa yang sistematik dan teratur... Ku memerlukan sedikit masa yang ringkas untuk bertenang dan menarik nafas dalam kerana seolah ku kekurangan oksigen sehari ini, semoga tugas seterusnya dapat dilaksanakan dengan baik dan kemas.
Wednesday, July 22, 2009
Kelahiranmu Membahagiakan Ibu dan Ayahmu.....
Lahirmu menjengah dunia yang penuh dengan pelbagai warna ini dengan semangat dan harapan yang menggunung daripada insan yang telah melahirkanmu supaya suatu masa kelak kau akan mampu menjadi khalifah yang mentadbir alam ini dengan segala panduan yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah... Insyallah...
Dengan lahirnya insan kecil yang telah diberi nama Nur Imanina binti Mohd. Nasrul Hadi ini, yang telah menlengkapkan sebahagian daripada hidup pasangan Mohd Nasrul Hadi dan Siti Khadijah binti Lee, maka di sini ingin aku melahirkan kegembiraan dan melafazkan tahniah buat kedua sahabat baik aku ini.... Semoga kalian tidak mensia-siakan amanat dan tanggungjawab yang telah dipikulkan ke bahumu itu...
Tuesday, July 21, 2009
Kepunyaanku Tersayang...
Friday, July 17, 2009
Tensionnnnnnnn......
Aku berhubung dengan berbagai orang dan berbagai kerenah dan berbagai komitmen... adoii... sukarnya aku rasa ya ALlah.. apa pun aku takkan patah semangat.. aku akan cube yg terbaik... cuba yang terhebat yang aku bleh lakukan... ya Allah, rindunya aku untuk bersujud pada-Mu... rasa kosong benar hati ini... aku rindu untuk bermunajat pada-Mu... aku sibuk dengan urusan duniaku... Ya Allah... aku ingin meraih cint-Mu ya Allah..
Thursday, July 16, 2009
Kem Remaja SPIES Siri 4- DUN Teratai dan Dusun Tua
Assalamualaikum wbt
Kali ni team Fitrah Power akan berada di Nur Bukit Unggul akan pada 18-19 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) ini. Peserta adalah melibatkan 2 DUN iaitu DUN Teratai dan Dusun Tua.
Fitrah Power menjanjikan program yang terbaik buat adik2 peserta yang terlibat dalam mencapai misi menjana generasi muslim pelapis yang bakal mentadbir dan membangunkan agama dan bangsa yang gemilang dan terbilang.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai Kem Remaja SPIES ini di masa akan datang boleh mendaftar kepada Nuriah di talian 017 2192502 atau pejabat 03 89256725. Ataupun kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator, anda boleh menghantar resume ke alamat info@fitrahpower.com.
Sekian Wassalam...
Monday, July 13, 2009
My Try to manipulate the photo...
p/s: Muke aku nmpk stress n penat skit sebab penat berkursus tak abis lagi...hehehe...
Thursday, July 9, 2009
Selamat Harijadi Ke- 27- @@@6. [ 9 Julai 2009 ]
To my lovely friend...
To My lovely memories...
To My Lovely history...
Thanks for everything u gave me...
Also thanks for giving me a good memories...
Monday, July 6, 2009
Thursday, July 2, 2009
Program 3K Belia Bestari
SenamaN RingKas...
pOCO-pOCO & cHICKEN dANCE
lOVEABLE mEMORY WITH U ALL gUYS..
kHOTIB sOLAT jUMAAT
kESUKARELAAN mENDIDIK jIWA bERSYUKUR..
pERSEMBAHAN dIKIR bARAT
sENI aRKITEK...FUUHH... cAYALAH..
















.jpg)






.jpg)
