Monday, September 19, 2011

Kami...



Alhamdulillah.... Cukup 3 bulan 19 hari tempoh perkahwinan kami... Bermula dari saat diijabkabulkan sehingga sekarang bagi aku adalah tempoh yang bukan kekok untuk aku menyesuaikan diri dengan lelaki yang bernama Muaz, ini mungkin kerana ketika masih di alam percintaan lagi kami sudah berlatih agar tidak menyembunyikan sikap sebenar, kena telus dan jujur dengan pasangan. Jadi, kehidupan selepas perkahwinan menjadi lancar  dan nyaman kerana tiada sikap yang belum dilihat semasa bercinta yang boleh buatkan kami terkejut. Alhamdulillah juga Allah pertemukan aku dengannya yang sangat lemah lembut dalam tutur kata dan tingkah laku. Benar, Allah lebih mengetahui dengan siapa hamba-Nya layak hidup bersama. Thanks to Allah,,,

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!