4 - 5 hari ni aku sengaja cari pasal dengan dia, dia yang mula2 keluarkan kata2 yang menyakitkan hati aku dan aku takkan melenting tanpa sebab. Walaupun kecil puncanya, tapi aku tetap ada reason kan?. Aku bukan tak bersabar, tapi dah banyak kali cube bersabar, namun aku tak boleh nak lawan tahap kesabaran dia... Dia memang sangat3X penyabar... salute lah.... ( tak tau lah kot2 depan aku je dia bersabar). Neway, ceritanya mudah... Walau seteruk mana pun aku buat kat dia memang dia akan sedia sudi memaafkan aku ( paling teruk pun aku tak jawab mesej dia 2 hari ). Sebab tu aku dengan beraninya akan buat apa yang aku nak buat, tak kira lah apa dia rasa... sakit hati ke..sedih ke... Aku ni tak pernah nak fikirkan hati orang atas tindakan aku, seolah2 aku ni tak punya hati dan perasaan. Namun, walaupun macam tu aku tetap sayangkan dia dan semua orang. Cuma caraku yang agak kasar ni membuatkan orang memikirkan aku ni hati keras cam batu.... ( sebenarnya tak pun, cuma makan masa untuk aku memaafkan kesalahan seseorang tu )
Walau apapun aku harap dia sudi maafkan aku untuk kesekian kalinya ( dah tak tau untuk kali ke berapa )...
Walau apapun aku harap dia sudi maafkan aku untuk kesekian kalinya ( dah tak tau untuk kali ke berapa )...
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!