Saturday, May 22, 2010

Ma

Pagi ni ( bukan pagi sangat dah pun ) aku bangun tido agak leawat skit sbb hujan yang membutkan aku terasa masih pagi lagi wp hari dah menjelang tengahari. Enak betul rasanya waktu tido tadi, nikmatnya ya Allah, memang takkan dapatlah kat mana2... bangun2 je, msauk dapur. mak aku ada belikan kuih n nasi lemak. aku makan dengan mak aku berdua je.Sebenarnya banyk menda yang berbuku di hati aku dan mak aku. Entahlah, gerak hati ku mengatakan itulah yang terjdi. Banyak menda yang disimpan dalam hati... lantas bibir ku menuturkan "ma... ma ada benda tak yang nak bebelkan kat akak?" tanyaku selamba dan sedikit gusar. mak aku macam terkejut dengan soalan aku. dia tanya " knapa tanya macam tu?" aku jawab.."entah, rasa macam ma ada banyak menda je yang nak bebelkan kat akak". Seriusly aku memang suka dengar bebelan mak ayah aku daripada diorang diam membisu, sbb kadang2 aku tak sedar kesilapan aku. aku alpa. so, bila dengar bebelan tu aku rasa lega sbb diorang pun tk berat kepala dengan perasaan tak puas hati kat aku, aku pulak boleh baiki kesilapan aku tu. Ma aku jawab " banyyyaaakkkkk......".. adoiii, kan betul aku cakap. Aku dh dapat baca semua tu dari gerk laku diorang.

Sambil2 buat air teh, aku tanya lagi.."ma, cepatlah bebel".... mak aku jawab " tak payah bebel, semua dah besar dah tahu mana baik mana buruk"adoii.... ni yang lemah lagi. Wp dah besar tapi pemikiran aku pun belum matang sepenuhnya, banyak lagi yang aku perlukan teguran dan bimbingan drpd kedua ibubapa aku. aku desak lagi mak aku untuk cakap apa yang dia tak puas hati dengan aku, dari sikap aku, perbuatan aku, perangai aku... mak aku cakap mana nak ingat dah... So, aku cakap " kalau ma ada nak marah apa2, ma marah terus je. sbb akak tak sedar kesilapan akak tu".... Mak aku pun cakap nak gi masak, nak ubah topik. SO, our conversation berakhir kat situ... Dalam hati aku mengharapkan mak aku dapat tegur aku secara direct sbb aku memang jenis orang yang macam tu.... sindir2 tak main, sbb aku takkan faham. Kalau ada orang tegur aku dengan bagitahu Nuriah....yang ini tak betul, yang ini salah...baru lah aku akan faham dengan jelasnya. Kias2 aku tak masuk k...


2 comments:

  1. Salam. Lama benar tak singgah sini. Lagipun sekarang tak sempat nak blog walking. Just nak bagi pandangan secara direct sebab cik yah suka teguran yang camtu.

    Dalam hal-hal berkaitan dengan ibu bapa jangan sekali-kali membelakangkan mereka dalam apa jua yang dilakukan sekalipun ianya berkaitan dengan soal hati dan perasaan kita atau pada perkara-perkara yang lain. Selagi orang tua masih ada mereka sebenarnya mengharapkan anak-anak meminta pendapat mereka kerana itu adalah sebahagian cara mereka mendapat pengiktirafan dari anak-anak mereka.

    Berdasarkan situasi dan dialog, cik yah tak sepatutnya bertanya macam tu sebab ayah dan ma cik yah berfikiran terbuka, jadi lebih baik cik yah terus ceritakan apa yang nak diceritakan then baru minta pandangan. Itu rasanya lebih baik. Just bagi pendapat je.

    ReplyDelete
  2. wsalam...
    thanks sbb sudi bg pndangan... Hmmm... memang btul angah ckp tu. Sbb kadang tu tak smpat pun nk tny pndapt diorg sbb sllu sibuk je.. Tp ajaibnya, lepas perbualan ni ma cikyah nmpak lain skit. Nampak dah dia mcm puas hati je sbb cikyah sdar ngn sikap cyah tu. cyah perasan ketidakpuasan hati dia tu... skang dah dapt berbual dgn baik ngn diorang. mula tu berat jgk mulut nk tny pasal ni.

    Insyallah, lpas ni akan btul2 jaga hati diorg... thanks!

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!