Tuesday, June 2, 2009

Trip di Pantai timur...

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, segala perancangan yang aku aturkan untuk weekend ni berlaku seperti yang aku harapkan. Perjalanan dari Bangi ke Besut sempena wedding my housemate merangkap opismate aku di Besut terengganu mengambil masa hampir 12 jam kerana aku menggunakan laluan LPT melalui Kuantan dan Terengganu.. Perjalanan yang tidak terasa keletihannya kerana cuaca yang sangat redup dan tenang benar-benar aku syukuri. Kos perjalanan aku: Tol Kajang exit Sungai Besi RM 1.80, Tol Gombak RM 5.00, Tol Bentong RM 3.00, LPT exit Jabor RM 21.00, Minyak Petrol RM 50. Jumlah kesemuanya ialah RM 80.80.

Alhamdulillah.. akhirnya berkahwin jugak kedua-dua member aku ni... semoga bahagia selalu....doakan juga aku akan mengikut jejak langkah u all deh....

Menanti Ketibaan Pengantin Lelaki




Ketibaan Pengantin lelaki.. [ sempat lagi tu menjeling ke kamera..hehehe ]





Bergambar kenangan bersama.... Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..insyallah..



Sebaik sahaja pengantin lelaki tiba, aku dengan Al berhajat untuk bergerak menuju ke kampung halaman, aku ke Bachok dan Al ke pasir mas. Sesudah bersalaman dan minta diri kami bertolak ke kelantan. Aku tinggalkan Al di Kubang Kerian dan aku meneruskan perjalanan ke Bachok. Nenek dan sepupu-sepupu aku menyambut dengan mesra... akibat pekena Ali cafe tongkat Ali tadi, aku tak rasa letih pun walaupun memandu berbelas-belas jam. Lalu aku mengajak sepupu aku untuk round2 sekitar bandar Kota Bharu malam tu untuk melepaskan kerinduan pada bandar tmpat aku membesar dengan kawan-kawan yang sangat sengal suatu masa dulu... hmm... rindu sangat dengan kenangan itu...

Aku mencari-cari tempat makan yang sesuai dan strategik untuk aku singgah memandangkan perut terasa sangat nak menjamah masakan kelantan. Lalu, di sisi bulatan pasir pekan aku singgah di kedai makan yang aku rasa agak selesa dan menarik. Aku telah meng'oder' milk shake Soursoup, bihun goreng dan tomyam campur, sama juga dengan sepupu aku ni. Suasananya sangat tenang dan indah sebab boleh melihat kereta yang lalu lalang di bulatan yang sederhana besar tu... memang indah....

Za...makan... jangan tak makan...

Dalam perjalanan balik, aku tertarik dengan nama kedai ni... tea '0' beng ( teh o ais ) yang berharga hanya 50 sen... murah sangat lah tu.. tapi aku kurang pasti macamna besar gelas yang digunakannya... Memang kreatif...


3 comments:

  1. aku tgk muke asrul...tersenyum kepuasan nyahhh....alhamdulillah dah selamat dah.....glamour mak tengok dorang kawen nyahh....

    ReplyDelete
  2. alahai terharunya..gambo kawin kat blog sendiri pun belum letak lagi..tapi cik yah dah letak dulu..oklah tu. Insya Allah nanti giliran cik yah plak..angah jadi jong kaka umah cik yah..kalau xdok kursus la..

    ReplyDelete
  3. puas lah nyah... dpt kawen ni, mcm ko jgk dulu lepas kawen.. berseri nyahh...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!