Friday, March 27, 2009

Cintakah kalau begitu?




Bercinta itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang susah. Tetapi kenapa kita selalu rasa susah apabila bercinta? Sering sahaja ada yang mengeluh sewaktu bercinta. Mari kita selidik kenapa cinta tu susah sangat..

1. Gelojoh

Percintaan akan menjadi susah apabila kita terlalu gelojoh. Gelojoh dalam erti kata terlalu cepat membuat penilaian dan tidakan juga yang sering melulu. Kita sering tidak sabar ketika berhadapan dengan sesuatu perkara, ataupun permasalahan yang dihadapi dalam percintaan. Bertenang, jangan terlalu mengikut perasaan, jauhi sikap gelabah anda itu.

2. Perfectionist

Anda seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan sehinggakan pasangan anda itu pun kena perfect juga walaupun anda tahu bahawa anda tidaklah sempurna sangat pun. Jika anda dalam kategori ini, anda perlulah ubah diri sebelum terlambat. Tidak salah kalau kita cintakan kesempurnaan tetapi jangan terlalu ingin nampak segalanya sempurna sehingga ada hati-hati khususnya hati pasangan anda itu terluka kerana sikap anda itu. Terimalah hakikat bahawa tiada insan yang sempurna di dunia ini, tetapi kita boleh mengubah keadaan menjadi lebih sempurna.

3. Kurang memahami

Persefahaman antara pasangan sememangnya amat perlu dalam menjamin kesejahteraan didalam melayari alam percintaan. Wanita haruslah memahami pemikiran, naluri dan kehendak lelaki begitulah sebaliknya. Dunia wanita dan lelaki adalah sangat berbeza, dari situlah anda perlu mencari ilmu tentang wanita ataupun lelaki melalui pembacaan, pengalaman orang lain dan sebagainya. Sebagai contohnya lelaki perlulah mengetahui bahawa wanita amat perlukan insan yang boleh mendengar luahan perasaannya ketika dilanda masalah. Lelaki tidak perlu terlalu memberi pendapat atau memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan itu, tetapi cukuplah sekadar dapat mendengar dengan penuh empati.


4. Matlamat tidak sehaluan


Matlamat tidak sehaluan ini adalah antara masalah yang amat berat bagi sesetengah pasangan bercinta. Seharusnya apabila bercinta ini kita bermatlamat untuk mengakhirinya dengan alam rumah tangga, tetapi jika hanya salah seorang sahaja yang bermatlamat ke arah itu jadi hubungan akan menghadapi masalah. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang bercinta sekadar untuk menghilangkan kesunyian ataupun apa sahaja niat yang tersimpan di hati, jadi ubahlah niat tersebut jika merasakan pasangan anda itu adalah insan yang paling sesuai untuk menjadi pasangan sehidup semati. Janganlah hanya kerana matlamat yang berbeza itu kita bermasam muka dan merosakkan hubungan.

5. Memendam perasaan

Adakalanya kita memendam sahaja perasaan tidak puas hati atau tidak senang terhadap tindakan atau kata-kata daripada pasangan kita tanpa kita meluahkan kepadanya. Mungkin ia berlaku kerana niat untuk tidak mahu mengguris hati pasangan. Tetapi sedarkah bahawa memendam ini tidak akan dapat membetulkan keadaan atau menyedarkan kesilapan si dia? jadi apa guna memendam jika hati sakit, hubungan pun renggang.. jadi carilah jalan penyelesaian sebaik dan sehemah mungkin ok...


2 comments:

  1. saya x pandai bab2 bercinta ini..terima kasih kerana memberikan tip2 berguna dalam mengenali pasangan ni.

    ReplyDelete
  2. Fuhh....da beso n matang adik aku sorang ni.. boleh berkongsi bab cinta ag.. memang betul kata cik yah..kalo dalam bercinta ada elemen2 yg cik yah tulis tu memang tensen.. so dalam bercinta jangan terlalu mahukan dan tentukan apa yang kita inginkan dalam diri pasangan kita tetapi ikhlas terima siapa dia seadanya.. barulah bahagia...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Pesanan Anda di sini... Peace!!!