Monday, August 16, 2010

Bila terasa susah~

Apabila melihat dunia ini aku terasa seakan takut pula....macam2 yang berlaku itu diluar pemikiranku. Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan. Allah menguji sesiapa sahaja yang dia mahu, dan aku bukanlah insan yang terkecuali. Allah mengaturkan dia itu akan jadi begitu dan begini. Aku tahu kadangkala bila kita berada di situasi yang sukar, otak kita akan terasa seperti ingin pecah untuk memikirkan penyelesaiannya. Kita akan jadi seolah hilang punca dan arah tuju. Bayangkan tatkala kita kehilangan arah dan berasa keputus-asaan, tiada sesiapa yang hadir menghulurkan tangan memimpin dan membantu. Bukankan terasa alangkah sukarnya hidup ini? Namun janganlah kita merasakan keputus-asaan, sbb Allah tidak akan membiarkan hambanya berada di dalam kesusahan jika selalu memohon pertolongan.

Sunday, August 15, 2010

Mother & Daughter

Kasih ibu dimana saja berada....


We walk together...





We play with full of joyness

Thursday, August 12, 2010

Besar punya!!!


Amazing Donut! U can afford it only at bazar ramadhan Bangi... haha....

Baby Photography~

Si gadis kecil comel

 

My peace!



I could sleep better when my parents are around me!


You would be my love in my heart~


In my heart always says i love my mama...

Wednesday, August 11, 2010

My First Day Berbuka Puasa ~

Salam Ramadhan...

Wuihhh.... Dah start puasa kita yer...Sekejap je masa berlalu.tup tup dah masuk bulan pose. Lepas ni tetibe je raya, pastu tetibe je hujung tahun.. tak terasa masa berlalu lah... Sehari2 berlalu dengan pantas...

Apepun belum terlambat untuk ku ucap selamat menyambut ramadhan karim... Berebutlah untuk mendapat seribu ganjaran di bulan mulia ini, dan ramadhan kali ni tak seperti biasa sebab aku ditemani insan2 yang istimewa dan menyeronokkan. Tanpa aku duga mereka hadir untuk menemani hari-hariku berikutnya... aku seronok sangat.



Nur farisya Aliya ~ Si comel yang lincah..

Hidangan berbuka kami pada hari ini...
1) Telur dadar
2) Padprik Ayam
3) Ayam masak lemak cili padi...

Alhamdulillah... kenyang rasanya...

Tuesday, August 10, 2010

Cara Mudah untuk tinggalkan Komen di Blogger...

Orait... sebelum ni ada jga beberapa orang teman yang mengadu susahnya nak tinggalkan kat komen kat blog aku ni, sbb prosedur blogger ni rumit sikit. So, tadi aku search2 tenet n aku jumpa satu website ni ( Klik sini )dia suggest gunakan DISCUS untuk ruang komen yang lebih friendly.... So, lepas ni harap2 ramailah yang boleh komen di setiap posting aku, bukan sekadar komen di chat blog je...hehe....

Sunday, August 8, 2010

Cara nak besarkan gambar dalam blog...

Sebelum ni terfikir2 macamana nak besarkan gambar dalam blog, then aku search dalam tenet aku jmpe satu blog ni yang ceritakan step2nye... Aku malas nak cerita banyak, tapi aku link kan kat sape2 yang nk buat ni kat blog dia... Klik sini dan ini yang aku dah cube buat.. jadik!


Bokeh..

Thursday, August 5, 2010

Malam @ Light Trail.



Yeayyy.... Jadi! Hasil yang ku belajar daripada Mr. Mat Nayie. TQ bos...
Susah betul nak cari bridge untuk snap gmbar ni, last2 jumpa juga dekat hway sungai ramal, Kajang...

Model ni berbayar tau, bayar dengan McD tuuu.... Sape nak tempah model ni senang je, blanja makan pape je, mesti dia mau. Terutama McD atau Secret Receipe. Tapi yang paling latest dia ngidam Ice Cream kat Ice Room.

Wednesday, August 4, 2010

Sekejap tadi duk ngemas2 bilik, aku korek beg CD lama aku, n aku terjumpa satu CD ni bertajuk C-05-01. Itu maksudnye bilik aku masa aku blaja di KUIM tahun 2005 di Sutera Indah, Nilai N9. Tersenyum sorang2 aku tengok gambar2 yang ku combine mnjadi movie. Dan dengan bangganya, itulah pertama kali aku berjaya membuat video kenangan dengan menggunakan windows movie maker....hehe

Tuesday, August 3, 2010

People & Crowd ( Temaku kali ini )

Inilah hasil yang kuperolehi sepanjang 2 hari aku menghabiskan cutiku di Kelantan.. Sepertimana yang kujanjikan dalam posting FB yang lepas, temanya ialah People & Crowd.



Sungai Kelantan..

Sungai Kelantan..
( Keindahanmu memukau )


Pasar MPKB


Haa....jangan memain, KB pun ade SOGO pe... Jimat, Murah...


Di sini lah tempat aku dan kawan2 dulu menunggu bas untuk balik ke sekolah di P. Melaka lepas puas berjalan sekitar KB. Keadaan tetap sama, cuma rupa yang berbeza...



Tempat menunggu bas. Intertown bus station...

Nak tau ape yang pempuan tu kata? Sebenarnya dia tengah runding dengan prebet2 sapu kat situ sape yang boleh hantar dia ke destinasi dia nak pegi. Yang duduk2 tu semua driver prebet sapulah. Mulanya aku ingatkan diorang sesaje je lepak2 tgk orang lalu lalang.haha...


Kawasan ni pula adalah tempat membeli tiket antara negeri. Tetapi di sini hanya sediakan kaunter jualan tiket jelah sebab kalau nak naik bas di sekitar KB ni kena naik kat area Tesco ataupun Jalan Langgar. Dulu sebelum berpindah ke Tesco, setesen bas paling gelemer ialah di Jalan Hamzah, belakang KB Mall. Banyak kenangan yang tercipta kat situ tuu...


Ai... aii... dating ke bang? Bawak jalan leklok anak dara orang tu...

Kelihatan begitu gah bangunan shopping complex ni kan..D ahulunya tapak sebenar bangunan ini orang panggil Padang Bas. Kalau waktu siang orang parking kete, tapi bila dah petang sikit gerai2 jualan makanan mula dibuka. Paling menariknya, amalan dan tanggungjawab orang islam memang diaplikasi sepenuhnya di kelantan khususnya di sini, iaitu time azan solat semua peniaga akan kelam kabut menutup gerai mereka bagi menghormati waktu solat dan bergegas menunaikan solat. Selepas setengah jam ke sejam gerai dibuka kembali.


Awek ni sedang tunggu bas yang akan bergerak malam. Padahal waktu tu belum pun jam 7 ptg... huhu.. Samalah keadaannya dengan aku time tu, tapi nasib baik aku ada kamera bleh snap2 gambar orang...


Si gadis bernama Yana. Masih menuntut di KIST, Bachok. Peramah sangat, hilang sikit boring aku time ni sbb dapat teman berborak...

Termenung je bang.... Awek lari ke?

Macam nilah pakaianku masa sekolah dulu. Sekarang ni? haram.... Dah tak kenal tudung2 labuh ni.entahlah nyahhh.... hidup ini memang betul2 berputar..

Monday, August 2, 2010

BAHAGIA...

Bahagia itu kita yang cipta...

Bahagia itu berbeza penilaiannya. Tidak semua orang akan merasa bahagia dengan perkara yang sama, dan tidak semua akan merasa bersyukur dengan rasa bahagia... Aku? urmmm.... terlalu bahagia. Tapi sekadar mana ukuran bahagia itu aku tak pasti. Aku bahagia didampingi, disayangi dan dicintai. Penat merasai kepedihan dulu, lalu sekarang aku mula tahu bagaimana menghargai bahagia itu.. dan aku tahu bagaimana untuk mencipta bahagia itu... Aku tahu bahawa untuk merasa bahagia itu kita harus membahagiakan orang terlebih dahulu.. Kini kutemui dia yang benar boleh membahagiakan aku. Namun aku tidak pasti setakat mana akan aku rasai bahagia ini bersamanya... Semoga Allah akan kekalkan rasa kasih dan sayang ini antara kami, kerana sesungguhnya aku kini sudah mulai merasa takut untuk kehilangannya.

People & Floral


Floraldi sekitar Excel Training.


Anak buah & adik pa...


Waktu subuh di langit Kelantan....


Kedai di tepi jalan Kubang Kerian, Kelantan.

Saturday, July 31, 2010

Photography @ Bandar Kajang & Tasik Cempaka, B.B. Bangi


Flower on dustbin...


People are around ( Kajang )


Pekan Kajang, Selangor


Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.


Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Sunday, July 25, 2010

ICE ROOM Bangi | Hang Out @ Putrajaya

Hai.... Last night, aku and the geng spent time kat ICE ROOM untuk ngap icekrim yang sudah lama kuidamkan.. Bapak ramainye orang dalam kedai tu, dan majoriti pelanggannya ialah keluarga yang punya anak2 kecil. yelah, kanak2 kan suke makan aiskrim. Lokasinye berhmpiran Kompleks PKNS di seksyen 8.




Black & White Ice Cream..


Menu


Durian

Sharah @ Night..



Wati dengan Bokeh... Jadi tak?

Pasangan Bahagia yang dah aku terbau nasi minyaknye...huhu...