Friday, July 2, 2010

Kursus SPIES 28 - 29 Jun 2010 di El-Azzhar Kem, Morib Banting Selangor

Kali ini aku berkursus di EL-Azzhar, walaupun lokasi kali ini adalah agak berbeza dengan sebelum ni kerana tempat baru dan kitorang tak pernah pun menjalankan kursus di situ... Berdebar tu tak usah cakaplah, memang tak lena tido dibuatnya. Aku risaukan perjalanan kursus terganggu oleh masalah2 teknikal dan logistic yang aku tak dapat nak expect apa akan berlaku.. Berdoa banyak2 aku agar peserta selesa, dan kami mudah dapat ilham untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Alhamdulillah, sehingga hari terakhir kami dapat menjalankan kursus dengan baik. Namun oleh kerana terlalu memikirkan tentang logistic aku agak terlalai sikit dari segi menvariasikan persembahan dan audio kepada peserta ( sebab peserta nampak lemau je).

Walaupun begitu, komen dari borang penilaian yang kami terima begitu memberangsangkan. Peratusannya baik. Terima kasih Tuhan...


Ececehhh.... hamper ni untuk peserta tau!

Baca clue tu hati2 ye.. kasi semua dengar..


Hai bang, kayuh kayak dengan pe tu? hehe... kira jadilah tu kan.
Kreatif..kreatif ust Zul kita ni..Syabbassss...

Nak buat menara ape ni ye? KLCC, Eiffel or KL Tower?


Nah hadiah ni, buat ubat penat berlari2..

Kasi rapat ye kak nab... nak amik gmbar masuk sok kaba ni..

eh...eh... mcam sedondon pulak senget tu... mueheehee..

Thursday, July 1, 2010

Nuerya SKETCHING ~

First2 memang rasa boring skit, sbb malam tadi aku tido lambat. Ni semua gara-gara si dia yang dah tido awal malam tadi, so dia tak sempat wish gudnite kat aku membuatkan aku tak dapat nak tido. Dah biasa memang kena wish dulu baru aku boleh tido dengan tenang, hmm... pelikkan?


Buku sketch ni aku beli masa singgah kat Tesco Ampang minggu lepas. Ade je lah idea aku untuk melakar. Yang ni gambar peralatan yang berada di atas meja aku. Ok, boleh sambung kerja balik lah...muehehe...

Hidup Tidak Selalunya iNdah......

Sape kata hidup ni indah sokmo? hmmm... tkde maknenye... Tapi kita boleh buat hidup ni indah selalu, yang penting hati kasi baikkk....barulah semuanya nampak indah je...

Design Nurya Julai 2010

Inspired by Selimuti Hatiku ~ Dewa 19..

"Aku kan menjadi malam-malam mu, kan menjadi mimpi-mimpimu, dan selimuti hatimu...."

Nurya: Tak selimut pun takpe, sbb aku tdo pun tak pakai selimut, pakai toto.. Baeekkk punya tebal, kasi tido nyenyak punyee....

Tuesday, June 29, 2010

Kenapa Perlu ada persaingan dalam kerja?

PERSAINGAN..
Tidak dinafikan lagi, persaingan ini perlu ada dalam kerjaya Aku sangat positif tentang perkara ni. Di mana saja kita bekerja, persaingan adalah motivasi terbaik untuk kita terus
berusaha dan memberikan yang terbaik untuk syarikat. Persaingan yang positif di antara staff mampu membawa sesebuah organisasi itu ke tempat yang paling tinggi dalam meraih keuntungan dan pencapaian. Namun, sebaliknya persaingan yang negatif mampu menjadi punca utama kejatuhan sesebuah syarikat jika ianya tidak dikendali dan diuruskan dengan baik. Pendek kata hati mesti mau baik wookkk! Hati mau kasi polish baik2, jgn asyik duk dengki je dengan orang... Buat kerja sendiri sudah, tk payah nak pertikaikan kerja org lain... Ok Chow!

First Day at El-Azzhar Camp, Morib Banting.


First day dtg ke kem ni, mmg agak sunyi je kawasan ni. Tapi entah nape, aku rasa tenang dan selesa je sewaktu berada di sini.. Seperti ada sesuatu yang indah dan mengikat hatiku untuk berada di sini....

Saturday, June 26, 2010

How To think Positively?

ermmm.....
Satu soalan yang senang untuk dapat jawapan bertulis. Kalau soalan ni ditanya dalam peperiksaan sekalipun, sure ramai punya orang yang boleh jawab dengan lancar walaupun menulis dalam keadaan mata tertutup. Tapi berapa ramai yang boleh menggunakan dan mengaplikasikan positive thinking ni dalam kehidupan seharian? Bukan sesuatu yang mudah kan? Kalau ditanya mana buktinya? hmmm.... tanyalah diri anda sendiri. Berapa banyak anda berfikir secara positif dalam 24jam sehari?

Bukan mudah untuk positif kan pemikiran kalau hati tak bersih. Ada je debu dan kotoran yang melekat di hati tu. Sikit2 syak wasangka, sikit2 nak marah. Ada je yang tak kena dengan apa yang orang lain buat.

Wednesday, June 23, 2010

Hari ni buat passport ~

Alkisahnya FP nak sambut hari keluarga di Padang Indonesia lepas raya puasa ni, so kenalah ada passport. Pagi2 lagi aku ngn dila pergi putrajaya presint 15 untuk buat passport. Isi borang, salinan kad pengenalan dan gambar pasport 2 keping dan duit RM 100 ( 2tahun ), itu aje diperlukan. Lepas siap semua bagai bayar duit kena tunggu sejam plak baru leh amik pasport tu. Sementara menunggu, kami pegi makan kat Nasi Dagang KakMah kat simpang 3 pintu kedua masuk putrajaya. Boleh tahan jugaklah nasi kerabu dia, sedap dan murah. Siap makan, pergi balik ke tempat buat pasport tu, tp elok je tunggu cukup sejam, black-out plak... Kami cadang untuk balik ofis dulu, esok baru pegi amik. Tapi petang tadi rasa cam dah tk busy sgt, so keluar jap gi amik pasport (takkan black-out lagi kott)... Yeaaayyyy... dah siap! Insyallah, kalau ada rezeki sampailah kat Padang nanti...



Sunday, June 20, 2010

Tanpa duga, sampai di Genting Highlands...










Cara-cara memandikan budak kecik~

Hai.... blog ni tak lama lagi akan jadi blog nursery sbb banyak sangat gambar si kecil yang terupload di dalamnya...

dan berikutnya ditunjukkan gaya dan cara memandikan baby.. buat bakal2 ibu yang tak pandai memandikan bayi, boleh ikut cara ni ye... Pelakon pun amatur lagi ni...

Bersedia untuk mandi ye Anissa Sofea...


Ready untuk buka baju sayang...


Opsss.. ganasnye u buke baju i, tersepit telinga ni..


Ini part yang paling memalukan... semua tutup mata..


Diri ini hampir ter..tuuuuuuttt.....


Ouchhh... sejuknye air. Mommy... tulun...


Sabun jatuh tu.... Licinlah..


Lambatlah kakwe ni nak siapkan mandi....Pia dah sejuklah....brrrr....


Pia dah ready dipakaikan baju... bedak, dan minyak YUYI...


Tadaaaa...... Pia dah cantikkan...Jom amik gambar, pia...senyuummmmm.....cakkkk...

Gelagat si kecil....


Untuk makluman, Ini bukan bapa kepada si kecil ini... Tengok pun dah tau kan!




Saturday, June 19, 2010

Kata itu benar2 menghiris.....

Mulut yang berbicara... hati tidak mengiyakan..
Mulut melantun keras isi hati..
Walau hati tidak membenarkan kata di bibir...
Namun mengapa dalam diri penuh curiga...
Mengapa dalam hati sering gusar....
Kasih terima, hati memberi...
Namun kadang termungkiri...
Kerana peristiwa silam, dendam mengeliru...
Fikiran merasuk mengamuk...
Pemulih dendam itu tiada ubatnya...
Kau juga tidak bisa ubatinya...
Hati Tuhan menarik ketenangannya...
Hati Tuhan beri kekusutan padanya....

Apa lagi kau mahu...
Kau takkan pernah sedar pada aturan ini...
Kelam sudah pendirian...
Jauh sudah sasarnya pada destinasinya..

Putih awan itu takkan jadi hitam lagi...
Hitam malam itu takkan cerah seperti siang..
Kasih itu telah hilang dalam hatimu...
Kerana selamanya ianya begitu...

Lafaz itu....

Kenapa wanita suka meminta cerai daripada suaminya?
" Abang, ceraikan saya!"
itu istilah biasa yang meniti di bibir isteri...
Wanita itu dalam perasaannya, bila dirasakan cinta dan kasih sayang dari suaminya seakan berkurangan, maka dengan ugutan cerai itu dia ingin meraih kembali kasih yang dirasakan hilang itu...
Di situ bila dia memohon cerai, maka dia mengharapkan suaminya akan merayunya untuk tidak meneruskan perceraian itu. Apabila suaminya itu merayu, maka keyakinannya akan meningkat apabila dirinya menyedari cinta suami padanya masih ada. Wanita tidak memerlukan lebih daripada suaminya melainkan kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada suaminya.. Wahai suami, tidak sayangkah kau pada isterimu. Jagalah sebaiknya hati dia....