Friday, December 10, 2010

Sharah Wedding | Perkahwinan

Sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku boleh hubungi aku ditalian: 013-9802502 / 017-2192502 

Baby Photography; Alya is wearing the black scarf ~

eeeeiiiii... geramnye aku nengok gambar si kecik ni, photogenik sungguh. Pantang nampak kamera, laju je dia berposing... adoiiii.. comey sungguh....

Bunga Plastisin ~

Inilah hasil godekan ku ~
Bahan-bahan: 

1) Plastisin kat opis
2) Jari jemari yang halus (ahaks!)

 Cara buat:
Ko godeklah sampai jadik, lepas tu amik gambar, lepas tu ko masukkan gambar tu dalam blog. Senangkan? Selamat mencuba!

 

Wedding Album For Sharah & Hadi Wedding on 26 - 28 November 2010

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah tugasan pertama aku; 
shoot photo, editting and printing.... Tadaaa.....

Album perkahwinan pertama hasil dariku... Terima kasih sharah sebab yakin dengan kemampuan aku.. sob3x


Owh.. nak tengok gambar-gambar nya ye? 
Ok, nanti yer..next post coming...

Groom and Bride... Sharah dan Hadi..
Puas Hati !
Pengantin sporting memudahkan untuk snap the best! cayalah!
Harap Sharah gembira dengan album ni...
Kalau berminat nak dapatkan khidmat aku boleh hubungi aku di talian 0139802502 / 0172192502 / email: nuriah_fitrahpower@yahoo.com / Facebook: nuerya arjuena

Wednesday, December 8, 2010

Cheng Ho Ekspo, Kota Bharu Kelantan

Dah berzaman gambar ni dalam simpanan aku.. Ekcelli, aku memang teringin sangat nak melawat ke ekspo ni memandangkan masa hari raya haji haritu dorang masih duk setting2 dan pasang khemah. Jadi seminggu lepas raya haji tu aku kena balik kelate lagi untuk projek photoshoot wedding kawan baik aku, Sharah.. Jadi di sini aku berada! Walaupun rasa mengantuk drive sorang dari KL ke Klate tanpa rehat tapi aku gagahkan diri juga untuk pergi ke tapak ekspo bersama my man... dan di sini sedikit gambar yang telah ku snap... Tak semua khemah dapat aku pergi sebab kesuntukan masa.

Mat Duan dan isteri... Terjumpa pulak kat sini... kawan lama, satu Sekolah dan satu U...



Pintu masuk ke khemah pameran.

Suasana di sekitar kawasan ekspo, orang memang ramai, sebab hari ni hari terakhir...

Kaligrafi cina... memang menarik

Mesin proses kelapa dara...

Gambar aku sebagai bukti betul aku berada di sini...



Produk2 berasaskan batu zamrud..

Tukang urut, melihat dia ni pakai baju camni terasa seperti berada di China.

Koleksi dari China, harganya agak mahal juga...

Terjemahan Al-Quran dalan tulisan china..



Si penulis yang kreatif


Semangat dia tengok rumah besi...hehe

Sate daging..

Haaa.. sape2 yang teringin nak guna dinar untuk dijadikan mas kahwin, memang berbaloi2 dan menarik..

Wuiihhhhh.. baju ni dijual dengan harga RM180. Tapi aku dah beli baju ni di Padang Indonesia dengan harga RM35 - RM50... berbeza bukan? huhuu...memang pun..

Dalam banyak2 menda, ini yang paling aku tertarik... Tengku Farish menyembelih sendiri lembu untuk korban... Anak2 raja lain boleh buat ke camni? Memang aku respect lah..
Barang2 perhiasan di jual..


















     




Sunday, December 5, 2010

SOGO, Plaza GM shopping

Assalamualaikum wbt...

 Sempena cuti yang amat mulia ini ( mulia sebab aku jarang dapat bercuti di hari minggu ) haha. Memang dah niat pepagi lagi nak pergi survey barang2 keperluan aku untuk majlis nanti, dengar katanya akan ada YES ( Year End Sale ) bagi tahun 2010 ni. Lokasi pertama aku ialah  ke SOGO sebab selalunya di sinilah aku akan dapat beli barang2 wanita macam beg dan kasut yang branded dengan harga giler murah kalau kena time betul2 sale sampai 70%. 

Bila sampainye di SOGO, aku tengok taklah semeriah mane pun, nape ek? bile masuk rupenye terpampang banner dalam tuh tulis YES on 20 Disember - 2 January 2011 ! Owh, patutlah orang giler2 tak ramai, tapi aku still masuk jugaklah, tengok2 ape yang menarik. Sekali aku lalu kat cermin tengok baju dress yang ku padankan dengan skirt english flower macam tak kena je dengan kasut hitam yang aku pakai ni... hmmm... kalau match dengan kasut wedges cun jugak ni.. last2 melayang lah RM 59 untuk harga kasut yang aku tak plan nak beli pun....huhu...

Sekadar gambar hiasan jew..


 Sedang aku turun ke tingkat bawah, sempat pulak nyinggah kat booth2 perfume.. harga semua memang agak mahallah kalau nak dibandingkan kalau beli di KLIA bahagian duty free. Banyak2 perfume entah nape aku minat sangat brand Lancome. Tak sempurna rasanya kalau aku tak try test product baru lancome. Dan kesudahannya aku sambar jugaklah satu set pefume yang latest punye siap dengan losyen, mascara dan wrapping dengan harga RM230. Memang agak mahal tapi berbaloi lah...huhu....

Gambar hiasan jugak!
Ok, lalalala... dah beres....

Sekang next destination ialah ke Plaza GM, Jalan Lorong Haji Taib, Chow Kit. Tempat ni bukanlah regular place bagi aku, sebaliknya tempat petama kali aku singgah selepas nama Plaza ni begitu glemer di telinga aku... Iyolah, katanya barang kat situ murah2.. Bile aku masuk ke dalam tu, serius memang murah giler, tapi kena ingat! Murah tu hanya untuk yang ingin beli dengan harga borong sahaja. Kalau mahu beli satu atau dua, mintak maap ye, harganya akan jadi sekali ganda. Ada juga kedai yang menetapkan syarat borong tu paling minima ialah 6 pieces and above. huhu...

Plaza GM, Lorong Haji Taib

Tapi paling phsycho skali masuk situ, peniaga2 situ punya karakter yang sama je.. Masa kita mula masuk tu memang dia layan baik, tapi bila diorang tau kita mau beli secara runcit, dorang akan tarik muka atau blah dari situ tak mo layan... Sebelum ni pun adik aku dah cakap gitu tapi aku tak faham. Tapi lepas dah pegi baru aku tau!

Aku sambar jugaklah towel 2 helai, dan beg galas 6 butir... haha... beg tu aku terpaksa beli banyak sebab beli sebiji mahal sangat... dan aku fikir untuk jualnye balik kat sape2 yang nak... bayangkan kalau aku beli satu dengan harga 2 kali ganda, nak mampos punye rugi... takpelah, nanti aku balik jual 5 biji lagi tu.. harap2 ade yang nak beli, memang cantik beg tu...

Sesudah tu aku pun pulanglah ke rumah dengan gembira..hehe... Korang nak tau, bapak ramainye orang kat kl.. iyolah, kan dah gaji plak tu dapat bonus kerajaan...ishhhh3... Reti nak belanja je, bkannya nak simpan ke ape.... Ada je duit beli itu beli ini, nanti nak guna duit susah takde simpanan..huhuhu..








Sunday, November 21, 2010

Tempoh pertunangan adalah tempoh yang mencabar ~

Salam...

Sebelum ni aku selalu dengar orang kata tempoh bertunang itu adalah tempoh yang sangat mencabar. Aku terfikir2 apa maksudnya tu, apa yang mencabar sangat tu... Mungkin cabaran maksiat kot, tak pun gangguan dari orang ketiga. Mungkin....

Ayah aku pulak pesan camni, dah tunang nnt jangan selalu keluar jumpe. Setakat berhubung tu takpe, tapi jangan berjumpa. Tunggu kahwin dulu baru lah nak gi honeymoon ke ape, lantaklah... Sebabnya dia tak bagi jumpa tu katanya dalam tempoh pertunangan ni lah banyak akan berlaku perselisihan faham yang membuatkan hubungan jadi goyah. 

Sekarang ni aku dah faham dah, memang betul kata2 ayah aku tu... Betul2 faham dah...

Dan aku juga pernah dengar orang kata, dalam perhubungan ni akan ada 3 peringkat yang akan kita lalui, peringkat pertama him akan selalu mengalah dengar her, kemudian her pulak terpaksa mengalah dengan him. Peringkat ketiga pulak him dan her masing2 tak mahu mengalah. Kalau dah lepas ketiga2 peringkat ni barulah hubungan akan berlangsung dengan bahagia insyallah... 

Itulah sahaja coretan ku untuk kali ini.... ( sabarlah wahai hati, sebab aku sekarang ni tengah melalui peringkat yang ke berapa entah, kompius... sebab aku yang tak pernah nak mengalah...huhu ).

Sha & Hadi Wedding ~

Tak sabar rasanya nak shoot gambar wedding my best best friend Sharah on 26 Nov 2010 ( Akad Nikah ), 27 Nov 2010 ( Her ) 28 Nov 2010 ( Him ).  Saya rasa teruja sangat.. Will give the best for that lah....

Saturday, November 20, 2010

Di pantai itu kita bertemu dan bergembira ~

Baby Photography; Happiness~

Tiada Tajuk~

Cinta ini sudah mendapat restu ibu bapa~ dan cinta ini juga hampir sampai ke kemuncaknya.... hehehe... intro pun macam baik je kan... Kini satu nama tetap di hati, iaitu si dia yang sedia mencuri hati ini...kui3x.. rasa nak muntah lah pulak bila buat ayat camni...huhuhu... dah lama tak berjiwang bagai, yelah kan sbb hati ini penuh dgn rasa cinta dan cinta itu terluahkan..lainlah kalau tak terluah, jadi mgkin blog akan menjadi salah satu medium untuk menyatakan rasa hati...

Thursday, November 11, 2010

Cinta~

Cintaaaa......
Ramai yang suka berbicara tentang cinta..
Ramai yang sering berbahagia dengan cinta..
Ramai juga yang sedang tercari-cari cinta...
Walau apapun keadaan anda, pastikan anda berbahagia dengan cinta yang berbalas....