Tuesday, September 15, 2009

Semuanya Berkaitan Dengan Design ( It's All About Design )

Persian Puzzle Rug

Top Floor Ethereal Rug

Modern Rug

Liquid Lamp

Liquid Pour Lamp


Teddy Bear Lamp

Rim Clock

Rim Clock



Fly Clock

Shelf Modern Design


Laguna Pearl Wooden Bathtub

Hand Gesture Candle & Fried Egg Candle


Cappuccino Coffee Candle
Creative Wooden Benches 1
Creative Wooden Benches 2

PeliK | LucU | JeliK | AjaiB

Assalamualaikum wbt.. Kali ini aku rasa berminat pula nak posting gambar-gambar pelik dan lucu yang aku dapat melalui email dan websearch. Rasa seronok pula jika dapat berkongsi dengan anda mengenai gambar-gambar yang begitu menarik.

Tembikai yang membesar di dalam acuan square... menarik kan!

Sedia untuk dipasarkan.

Selain daripada tembikai, timun dan sayur-sayur lain juga boleh di acu mengikut bentuk-bentuk yang menarik dan seperti dikehendaki.

Mat rempit kampung dusun.... hehehe...
Mau lawan ke?


Berselerakah anda untuk makan di restoran yang berkonsepkan hiasan dalaman tandas begini? Namun mungkin ada segelintir yang tidak kisah seperti mereka yang anda dapat lihat di atas.

Aiskrim ini mungkin nampak enak, tapi cuba lihat rupa bentuknya, seperti apakah ia? Lihatlah juga bekas yang digunakan itu, bolehkah anda menelan makanan yang ada di dalamnya?

Sekali pandang nampak seksi gitu... awww....

Tapi, bila di close up jer.. hahaha.... Budak lelaki ini sangat menjaga adab dan tatasusila, mungkin juga untuk menjaga dan melindungi bahagian-bahagian sulitnya itu daripada terdedah kepada umum....

Bayi kembar dengan kepala sahaja.

Thursday, September 10, 2009

MINI T-SHIRT UNTUK DI BAWA TRAVEL

Assalamualaikum wbt..

Anda mempunyai masalah memuatkan pakaian-pakaian yang banyak di dalam beg apabila ingin berjalan jauh? Jika diikutkan hati, semua pakaian ingin dibawa tetapi ruang beg dan kenderaan membataskan anda. Nah, sekarang ni dengan teknologi terkini anda mampu membawa seberapa banyak pakaian yang anda inginkan tanpa perlu risau ruang untuk memuatkannya... Namun begitu, t-shirt mini ini belum lagi berada di pasaran Malaysia melainkan di negara luar khususnya China.

Inilah t-shirt mini, sebesar tapak tangan.


Bahagian belakang t-shirt

Plastik yang membalut t-shirt di buka.


t-shirt di rendam di dalam sebekas air.

t-shirt mulai mengembang apabila air meresap ke dalamnya.

Nah! inilah rupanya setelah ia mengembang.

Perlukan sedikit masa untuk di keringkan.

Sedia untuk di pakai. Senangkan?...hehehe..

Friday, September 4, 2009

Nurya Design ( Boring tahap cipan dah ni)

harini aku rasa muwe sangat... rasa tk bersemangat, rasa letih... entah ape keje yg aku buat sampai rasa penat gini. Aku mencari balik mood yang hilang tu dengan menghasilkan gambar ni... rasa lega sikit kot, tapi yang pastinya pasni time rehat aku nak balun tido... ngantok yg amat....

Tuesday, September 1, 2009

Hanya Tuhan yg Tahu Segalanya....

Saat ini tatkala mendengar lagu dendangan Ruth Sahanaya bertajuk Kaulah Segalanya membuatkan sesekali minda tanpa sedarku menjelajah kembali memori yg tersimpan sekian lama pada kenangan-kenangan lalu yang telah mendewasakan pemikiran dan tingkahlaku ini... Betapa banyak airmata dan gelak tawa yang hadir bersama sewaktu berteman dan melalui indahnya detik-detik keremajaan...

Irama yang tiada berpenghujung menerbitkan satu nostalgia yang sekian lama terpendam dan bertakhta dalam jiwa, menzahirkan pada perlakuan yang keliru membataskan penglihatan batiniyah.


arghhh.. ape aku nk ckap ni? aku pun pening pagi ni, sbb malam tdi ada sesuatu yang telah membuatkan aku rasa sedih, sebak, terharu dan bercelaru... dan aku taktahu camner nak lepaskan perasaan ini... aku nak datang ofis dengan ceria dan tiada kerungsingan di wajah ni... So, jgn marah jika posting ku pagi ni agak berserabut seperti serabutnya mindaku ketika ini... tiada apa yang buatku marah, tiada apa yang buatku celaru tapi aku sendiri yang membiarkan aku terperangkap pada seluruh rasa yang aku sendiri tak tahu...


Lagu terbaru Agnes Monica yang bertajuk Teruskanlah benar-benar menyentuh hati kecil ini... Betapa bercinta dengan seseorang yang tidak pernah menghargai hadirnya cinta dan lafaznya pada hati yang terima cinta itu... Mencintai seseorang yang menolak hadirnya cinta benar-benar sukar dan menyakitkan... Insan sebegini tidak layak menyebut kata cinta jika belum benar-benar mengakui cinta itu exist dalam hatinya... Menyintai bukan sekadar lafaz di bibir dan didengari di telinga tetapi mengungkapnya di bibir dan hati yang merasa getarannya... Menyintai juga bukan sekadar melihatnya dengan mata tetapi menyentuhnya dengan sepenuh kasih tanpa menyakitinya dengan kata-katamu yang kasar dan sinis... Usah bercinta jika kau belum tahu bagaimana bercinta yang sebenar...